Galeri Foto

PROGRAM OUTREACH : KURSUS PENGURUSAN PERTUBUHAN BIL. 6/2021

Sebanyak 50 persatuan di bawah Kategori Rekreasi Jabatan Kerajaan, Berdaftar di Daerah Selain Johor Bahru (Muar,Tangkak, Kluang,Kota Tinggi,Kulai,Dll) telah menjayakan program outreach ini dengan jumlah kehadiran seramai 98 orang. 

Program ini diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meets. Di musim pandemik Covid-19, pihak ROS Johor membuat inisiatif ini agar semua persatuan  mendapat bimbingan dan pengetahuan cara-cara mengendalikan pengurusan rekod pertubuhan selepas persatuan mereka diluluskan. 

ROS Johor juga ingin mengucapkan tahniah dan jutaan  terima kasih kepada semua wakil persatuan yang dapat memberi komitmen terhadap menjayakan program ini.

Besar harapan pihak ROS Johor agar semua Setiausaha persatuan sentiasa menyemak emel yang telah didaftarkan melalui Sistem Eroses, supaya persatuan-persatuan yang berdaftar di Negeri Johor tidak ketinggalan program-program yang akan kami adakan sepanjang tahun ini.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP