Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) merupakan bahagian yang berfungsi menjadikan ICT sebagai pemacu di dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan di JPPM. Fungsi utama BPTM adalah untuk memastikan pengurusan peralatan dan sistem-sistem ICT dilaksanakan dengan cekap dan efisien. BPTM bekerjasama rapat dengan semua Bahagian termasuk di JPPM Negeri dalam membangun dan menyelenggara sistem agar menepati kehendak dan fungsi masing-masing serta memberikan perkhidmatan teknikal ICT yang terbaik bagi membantu meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan Jabatan.
Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit iaitu Unit Kerajaan Digital, Unit Infrastruktur dan Keselamatan ICT dan Unit Dasar dan Khidmat Operasi yang mempunyai bidang tugas masing-masing. Antara tugas-tugas yang dijalankan adalah seperti berikut:
Unit Kerajaan Digital
- Mengurus pelaksanaan dan khidmat bantuan operasi dan penyelenggaraan bagi perkhidmatan Sistem eROSES sebagai perkhidmatan teras JPPM yang menjaga pertubuhan NGO dan Pertubuhan Politik bagi induk dan cawangan di seluruh Malaysia;
- Mengurus pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Maklumat Geran yang merekod maklumat permohonan, kelulusan dan pembayaran peruntukan geran kepada pertubuhan;
- Mengurus pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Pengurusan Dokumen yang menyimpan rekod pendaftaran pertubuhan yang didaftarkan sebelum pelaksanaan Sistem eROSES;
- Mengurus pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Aplikasi Perkongsian Maklumat sebagai membolehkan warga kerja JPPM menyimpan maklumat dengan lebih mudah pada bila-bila masa melalui capaian Internet;
- Mengurus Data Terbuka (Open Data), Data Raya (Big Data) dan Pendigitalan Perkhidmatan;
- Pematuhan bagi pensijilan ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) di JPPM;
- Urusetia dan Penyelaras Jawatankuasa Teknikal sistem eROSES JPPM;
- Membina, menguruskan dan mengemaskini maklumat lengkap fungsi aplikasi, kumpulan pengguna, serta butiran teknikal sistem teras JPPM;
- Memastikan dokumentasi sistem teras JPPM yang tepat dan terkini;
- Merancang penskalaan sistem eROSES untuk menyokong keperluan pengurusan masa depan sebagai satu pilihan untuk membangunkan sistem eROSES baru yang menyokong kemampuan pengurusan yang baru;
- Bertanggungjawab untuk pembangunan, pengujian, penempatan dan permohonan perubahan aplikasi sistem eROSES;
- Mengurus dan melaksana pengujian yang komprehensif bersama lain-lain unit bagi memastikan kesinambungan proses bisnes dan fungsi dengan cekap di samping menjamin data yang berintegriti;
- Berkerjasama dengan seksyen/unit lain berkenaan Pengurusan Portfolio dan Kawalan Kualiti, Keselamatan, Risiko dan Pematuhan ICT, Pentadbiran dan Pengurusan Data);
- Mengurus dan menyelaras data pertubuhan yang dipohon/dikongsi oleh agensi yang dibenarkan;
- Mengurus dan menyelaras statistik piagam pelanggan setiap bulan dan statistik penyata kewangan pertubuhan setiap tahun untuk kegunaan stakeholder;
- Mengurus, menyedia, memantau dan melaksana kemudahan integrasi dalaman dan luaran untuk sistem aplikasi eROSES dan pelan integrasi sistem di atas inisiatif NPOFEM bersama agensi-agensi yang terpilih;
- Memastikan dan memantau semua aduan berkaitan sistem aplikasi teras JPPM yang diterima diselesaikan mengikut piagam pelanggan yang ditetapkan;
- Menyediakan manual sistem dan memberikan taklimat teknikal berkaitan sistem kepada warga JPPM dan AJK pertubuhan.
Unit Infrastruktur dan Keselamatan ICT
- Mengurus, menyokong dan melaksanakan inisiatif mempertingkatkan perkhidmatan sistem rangkaian Local Area Network (LAN), Wide Area Network (WAN) serta WiFi menggunakan Putrajaya Campus Network (PCN) dan MyGovNet yang disediakan oleh MAMPU;
- Mengurus, menguji dan memperkukuhkan tahap keselamatan infrastruktur, rangkaian dan aset ICT JPPM dengan mematuhi Dasar Keselamatan ICT (DKICT) yang ditetapkan;
- Mengurus dan bertanggungjawab ke atas pengurusan CERT JPPM dan CERT KDN mengikut Surat Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 2006 : Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam;
- Merancang, menyelenggara dan menaik taraf peralatan ICT serta perkakasan lain di dalam Pusat Data JPPM;
- Mengurus dan menyelaras keperluan BPTM untuk menggunakan perkhidmatan Infrastruktur Pusat Data Sektor Awam (PDSA) MAMPU;
- Mengurus, melaksana dan memantau keperluan warga JPPM untuk menggunakan Virtual Private Network (VPN) JPPM;
- Merancang, menganalisa, memperoleh dan memantau keperluan bagi perkhidmatan sewaan peralatan ICT JPPM;
- Merancang, menganalisa, memperoleh dan memantau keperluan bagi perkhidmatan sewaan peralatan keselamatan CCTV JPPM;
- Merancang, menganalisa, memperoleh dan memantau keperluan bagi perkhidmatan sewaan sistem kehadiran menggunakan face recognition JPPM;
- Mengurus, memantau aduan, menyelenggara dan memastikan aset ICT JPPM berfungsi dan selamat digunakan;
- Mengurus, memberi bantuan teknikal dan menyediakan emel rasmi yang diperlukan oleh warga JPPM;
- Mengurus, menyelenggara dan memberikan bantuan teknikal bagi perkhidmatan sistem kehadiran menggunakan teknologi biometrik;
- Merancang, menyelenggara dan menambah baik pengkabelan Local Area Network (LAN) dan konfigurasi WiFi dalaman JPPM;
- Mengurus, menyedia keperluan dan memastikan setiap peralatan ICT JPPM dilengkapi dengan perisian anti virus versi terkini;
- Mengurus, menyedia keperluan dan memastikan setiap peralatan ICT JPPM dilengkapi dengan perisian Desktop Management System (DMS) versi terkini;
- Merancang, membangun, menguji dan mengemaskini dokumen Disaster Recovery Plan (DRP) serta Disaster Recovery Center (DRC) untuk JPPM terutamanya melibatkan aktiviti backup dan restore;
- Merancang, menyelaras dan menguruskan keperluan memperoleh perisian ICT JPPM;
- Mengurus dan memberi khidmat nasihat berkaitan keperluan teknikal, penggunaan dan operasi sistem perolehan kerajaan (iGFMAS dan ePerolehan);
- Merancang dan melaksanakan aktiviti pematuhan Standard Operation Prosedur (SOP) bagi mengekalkan serta menambahbaik tahap kemajuan pensijilan Information Security Management System (ISMS);
- Mencadang, menyelaras keperluan dan menyediakan bantuan teknikal untuk mesyuarat serta majlis rasmi JPPM seperti penyediaan infografik, montaj, video pendek dan lain-lain projek multimedia; dan
- Menyedia dan mengemaskini manual pengguna, maklumat berkaitan keselamatan dan sebagainya untuk hebahan warga JPPM.
Unit Dasar dan Khidmat Operasi
- Merangka, membangun, mengurus, mengemaskini dan menyelaras pelaksanaan program ICT di bawah Pelan Strategik ICT (PSICT) JPPM agar sejajar dengan fokus dan Perancangan Strategik JPPM supaya dapat dijadikan sebagai blueprint dan hala tuju dalam perancangan dan pembangunan projek-projek ICT JPPM selaras dengan keperluan di dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015, Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam;
- Merangka, membangun, mengurus, mengemaskini, menyelaras, membuat hebahan dan menguatkuasakan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) JPPM terkini selaras dengan keperluan semasa mengikut Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU - Panduan Keperluan dan Persediaan Pelaksanaan Pensijilan MS ISO/IEC27001:2007 dalam Sektor Awam;
- Mempertingkatkan tahap keselamatan maklumat Sistem eROSES melalui pengurusan dan pelaksanaan pensijilan ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) JPPM bagi Ibu Pejabat JPPM dan JPPM Negeri selaras keperluan Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 24 November 2010: Pelaksanaan Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 Dalam Sektor Awam;
- Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan Laman Web Rasmi JPPM sebagai sebuah portal rasmi Jabatan yang menyediakan perkhidmatan dan capaian maklumat JPPM kepada warga JPPM dan orang awam;
- Mengurus, menyelaras dan melaksanakan tugas keurusetiaan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web Rasmi JPPM serta Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal, Pembangunan dan Penyenggaraan Laman Web Rasmi JPPM.
- Mengurus dan menyelaras pelaksanaan Intranet JPPM yang dibangunkan bagi memberi kemudahan capaian terhadap aplikasi dalaman JPPM secara bersepadu serta memudahkan perkongsian ilmu dan maklumat di kalangan warga JPPM dan orang awam;
- Mengurus dan menyelaras pelaksanaan Sistem MyLatihan JPPM yang digunakan di Ibu Pejabat JPPM dan JPPM Negeri;
- Melaksanakan aktviti pengurusan Aset ICT JPPM (pendaftaran, pengagihan, pindahan, pelupusan, pinjaman, pemulangan dan pelaporan aset alih dan inventori ICT) berdasarkan Pekeliling Pengurusan Aset Alih Kerajaan melalui penggunaan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA);
- Menyelaras perancangan tahunan berkaitan inisiatif-inisiatif ICT JPPM serta mengurus dan memantau perolehan untuk inisiatif-inisiatif ICT yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) bagi memastikan pelaksanaan yang teratur dan sistematik serta mematuhi dasar dan peraturan semasa ICT yang sedang berkuatkuasa;
- Mengurus, menyelaras dan melaksanakan tugas keurusetiaan bagi Mesyuarat Jawatankuasa ICT (JPICT) JPPM mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015, Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam;
- Merancang, mengkaji, menyelaras dan mengurus keperluan program latihan pembangunan kemahiran dan kompetensi dalam bidang ICT termasuklah taklimat kesedaran keselamatan ICT dan sesi technology update ICT berkaitan penggunaan dan kemahiran ICT terkini serta mengikut keperluan semasa selaras dengan pembangunan modal insan ke arah penjanaan “knowledge worker” di kalangan warga JPPM juga personel ICT;
- Mengurus, menyelaras dan melaksanakan tugas keurusetiaan bagi pelaksanaan mesyuarat yang melibatkan BPTM dan Pengurusan Tertinggi JPPM termasuklah Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ISMS, Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana ISMS, dan Mesyuarat BPTM;
- Mengurus keperluan teknikal, kepenggunaan dan operasi bagi pelaksanaan HRMIS di Ibu Pejabat JPPM dan JPPM Negeri;
- Bertindak sebagai Unit Komunikasi Korporat/Change Management Agent kepada BPTM dalam melaksanakan semakan serta menguatkuasakan garis panduan, dasar, polisi dan Standard Operating Procedure (SOP) ICT kepada warga JPPM;
- Menyelaras maklum balas mesyuarat, laporan tahunan, kajian, myPortfolio, Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan lain-lain maklum balas yang berkenaan yang melibatkan BPTM;
- Merancang, mengurus dan memantau penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) dan mengawal selia pengurusan kewangan BPTM melalui peruntukan yang diluluskan;
- Mengurus dan mengemaskini maklumat di dalam Sistem MyMesyuarat, Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT), Sistem myIDENTITY dan Sistem MyStatistik KDN;
- Melaksanakan pengurusan rekod dan akaun pengguna Sistem eROSES dan emel rasmi JPPM; dan
- Merancang, memantau, mengurus dan mengawal selia semua aspek pengurusan hal ehwal pentadbiran, logistik, urusan perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia di BPTM.
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) boleh dihubungi melalui mengikut kategori seperti berikut:
a) Emel Rasmi BPTM - it.ros@moha.gov.my
b) Aduan Teknikal Sistem eROSES - aduan_it.ros@moha.gov.my
c) Aduan Teknikal ICT - akt.ros@moha.gov.my
d) Aduan Teknikal HRMIS, Aset ICT dan pentadbiran BPTM - udkdo.ros@moha.gov.my