Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)

PENGURUSAN DAN PENTABIRAN BPTM

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) berperanan untuk menjadikan ICT sebagai pemacu dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan di JPPM. Fungsi utama BPTM adalah untuk memastikan pengurusan peralatan dan sistem-sistem ICT dilaksanakan dengan cekap dan efisien. BPTM bekerjasama rapat dengan semua bahagian termasuk di JPPM Negeri dalam membangun dan menyelenggara sistem agar menepati kehendak dan fungsi Jabatan serta memberikan perkhidmatan teknikal ICT yang terbaik serta memastikan penyampaian perkhidmatan Jabatan sentiasa berada di tahap yang terbaik. Melalui pendekatan yang proaktif dan komprehensif, BPTM komited untuk memastikan teknologi ICT dimanfaatkan sepenuhnya demi memperkukuhkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Jabatan dan meningkatkan kepuasan pengguna.

Bahagian ini terbahagi kepada tiga (3) unit iaitu Unit Kerajaan Digital, Unit Infrastruktur dan Keselamatan ICT serta Unit Dasar dan Strategik ICT yang mempunyai fungsi utama seperti berikut:


FUNGSI UTAMA UNIT KERAJAAN DIGITAL

i. Mengurus pembangunan, penambahbaikan dan penyelenggaraan bagi perkhidmatan Sistem eROSES sebagai perkhidmatan teras JPPM yang mengawalselia pertubuhan NGO dan Parti Politik bagi induk dan cawangan di seluruh Malaysia;

ii. Mengurus pembangunan, penambahbaikan dan penyelenggaraan Sistem Maklumat Geran yang merekod maklumat permohonan, kelulusan dan pembayaran peruntukan geran kepada pertubuhan;

iii. Mengurus pembangunan, penambahbaikan dan penyelenggaraan Sistem Pengurusan Dokumen yang menyimpan rekod pendaftaran pertubuhan yang didaftarkan sebelum pelaksanaan Sistem eROSES;

iv. Mengurus dan mengenal pasti semua permohonan keperluan sistem dalaman merangkumi pembangunan, pengujian, penggunaan, penyelenggaraan, permohonan perubahan keperluan latihan pengguna aplikasi;

v. Memastikan dokumentasi sistem teras JPPM tepat dan terkini;

vi. Menyelaras dan menyelenggara sebuah portal komuniti pertubuhan (Portal mySociety) yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan capaian maklumat semua pertubuhan berdaftar;

vii. Membina, menguruskan dan mengemaskini maklumat lengkap fungsi aplikasi, kumpulan pengguna, serta butiran teknikal sistem teras JPPM;

viii. Mengurus Laman Web Rasmi JPPM sebagai sebuah portal rasmi Jabatan yang menyediakan perkhidmatan dan capaian maklumat JPPM kepada warga JPPM dan orang awam termasuk melaksanakan tugas keurusetiaan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web Rasmi JPPM;

ix. Mengurus Portal Intranet JPPM yang memberi kemudahan capaian terhadap aplikasi dalaman JPPM secara bersepadu serta memudahkan perkongsian ilmu dan maklumat di kalangan warga JPPM dan orang awam;

x. Merancang dan melaksanakan Verification and Validation (V&V) ke atas semua aplikasi baharu sebelum dilancarkan;

xi. Memastikan semua aduan berkaitan sistem aplikasi yang diterima diselesaikan mengikut piagam pelanggan yang ditetapkan;

xii. Mengurus dan menyelaras paparan statistik piagam pelanggan setiap bulan dan statistik penyata kewangan pertubuhan setiap tahun sebagai pelaporan kepada pemegang taruh;

xiii. Mengurus dan mengemaskini maklumat di dalam Sistem MyStatistik KDN;

xiv. Mengurus Data Terbuka (Open Data), Data Raya (Big Data) dan Pendigitalan Perkhidmatan; dan

xv. Mengurus dan menyelaras tugas-tugas keurusetiaan bagi Pengurusan Projek Penyelenggaraan Sistem-Sistem di JPPM.


 FUNGSI UTAMA UNIT INFRASTRUKTUR DAN KESELAMATAN ICT

i. Mengurus, menyokong dan melaksanakan inisiatif mempertingkatkan perkhidmatan sistem rangkaian Local Area Network (LAN) serta WiFi menggunakan Putrajaya Campus Network (PCN) dan MyGovNet yang disediakan oleh Jabatan Digital Negara (JDN);

ii. Mengurus dan memperkukuhkan tahap keselamatan infrastruktur, rangkaian dan aset ICT JPPM dengan mematuhi Polisi Keselamatan Siber (PKS) yang ditetapkan;

iii. Mengurus dan bertanggungjawab ke atas pengurusan JPPM CSIRT dan KDN CSIRT mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2022 – Pengurusan dan Pengendalian Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam;

iv. Merancang, menyelenggara dan menaik taraf peralatan ICT serta perkakasan lain di dalam Pusat Data JPPM;

v. Mengurus dan menyelaras keperluan BPTM untuk menggunakan perkhidmatan Infrastruktur Pusat Data Sektor Awam (PDSA) JDN;

vi. Mengurus, melaksana dan memantau keperluan warga JPPM untuk menggunakan Virtual Private Network (VPN) JPPM;

vii. Merancang, mengkaji, memperoleh dan memantau keperluan bagi perkhidmatan sewaan peralatan ICT secara berpusat JPPM;

viii. Merancang, menganalisa, memperoleh dan memantau keperluan bagi perkhidmatan sewaan peralatan keselamatan CCTV secara berpusat JPPM;

ix. Merancang, menganalisa, memperoleh dan memantau keperluan bagi perkhidmatan sewaan sistem kehadiran menggunakan face recognition secara berpusat JPPM;

x. Merancang, mengkaji, memperoleh dan memantau keperluan perkakasan dan perisian keselamatan ICT bagi meningkatkan tahap keselamatan ICT JPPM;

xi. Merancang, menyelenggara dan menambah baik pengkabelan LAN dan konfigurasi WiFi dalaman JPPM;

xii. Mengurus, menyedia keperluan dan memastikan setiap peralatan ICT JPPM dilengkapi dengan perisian Desktop Management System (DMS) versi terkini;

xiii. Merancang, membangun, menguji dan mengemaskini dokumen Disaster Recovery Plan (DRP) serta Disaster Recovery Center (DRC) untuk JPPM terutamanya melibatkan aktiviti backup dan restore;

xiv. Mengurus, menyelenggara dan memantau aduan, menyelenggara bagi memastikan aset ICT JPPM berfungsi dan selamat digunakan;

xv. Melaksanakan aktiviti pengurusan Aset ICT JPPM (pendaftaran, pengagihan, pindahan, penyelenggaraan, pelupusan, pinjaman, pemulangan dan pelaporan aset alih dan inventori ICT berdasarkan Pekeliling Pengurusan Aset Alih Kerajaan melalui penggunaan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA); dan

xvi. Menyedia dan mengemaskini manual pengguna, maklumat berkaitan keselamatan dan sebagainya untuk hebahan warga JPPM


 FUNGSI UTAMA UNIT DASAR DAN STRATEGIK ICT 

i. Merangka, membangun, mengurus, mengemaskini dan menyelaras pelaksanaan program ICT di bawah Pelan Strategik ICT (PSICT) JPPM agar sejajar dengan fokus dan Perancangan Strategik JPPM supaya dapat dijadikan sebagai blueprint dan hala tuju dalam perancangan dan pembangunan projek-projek ICT JPPM selaras dengan keperluan di dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015, Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam;

ii. Merangka, membangun, mengurus, mengemaskini, menyelaras, membuat hebahan dan menguatkuasakan Polisi Keselamatan Siber (PKS) JPPM terkini selaras dengan Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) versi 1.0 yang dikeluarkan oleh pihak JDN;

iii. Mempertingkatkan tahap keselamatan maklumat Sistem eROSES melalui pengurusan dan pelaksanaan pensijilan ISO/IEC27001:2013 Information Security Management System (ISMS) JPPM bagi Ibu Pejabat JPPM dan JPPM Negeri selaras dengan Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 24 November 2010: Pelaksanaan Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 Dalam Sektor Awam;

iv. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan tugas keurusetiaan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JPPM mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015, Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam dan membantu menguruskan perolehan ICT yang diluluskan;

v. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan tugas keurusetiaan bagi mesyuarat yang melibatkan BPTM dan Pengurusan Tertinggi JPPM termasuklah Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ISMS dan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana ISMS dan Mesyuarat BPTM;

vi. Merancang, mengkaji, menyelaras dan mengurus keperluan program latihan pembangunan kemahiran dan kompetensi dalam bidang ICT termasuklah taklimat kesedaran keselamatan ICT dan sesi technology update ICT berkaitan penggunaan dan kemahiran ICT terkini serta mengikut keperluan semasa selaras dengan pembangunan modal insan ke arah penjanaan knowledge worker di kalangan warga JPPM juga personel ICT;

vii. Bertindak sebagai Unit Komunikasi Korporat / Change Management Agent kepada BPTM dalam melaksanakan semakan serta menguatkuasakan garis panduan, dasar, polisi dan SOP ICT kepada warga JPPM;

vii. Mengurus dan mengemaskini maklumat di dalam Sistem MyMesyuarat, Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT);

ix. Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am berkaitan penyediaan surat dan pengurusan fail bagi memastikan sistem rekod dan fail BPTM berjalan dengan lancar;

x. Melaksanakan pengurusan dokumentasi berkaitan ISO/IEC 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti bagi memastikan pengurusan kualiti perkhidmatan BPTM dapat dilaksanakan mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan;

xi. Menyelaras maklum balas mesyuarat, laporan tahunan, kajian, myPortfolio, SKT dan lain-lain maklum balas yang berkenaan melibatkan BPTM;

xii. Merancang, mengurus dan memantau penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) dan mengawal selia pengurusan kewangan BPTM melalui peruntukan yang diluluskan;

xiii. Merancang, memantau, mengurus dan mengawal selia semua aspek pengurusan hal ehwal pentadbiran, logistik, urusan perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia di BPTM;

xiv. Mengurus keperluan teknikal, kepenggunaan dan operasi bagi pelaksanaan HRMIS di Ibu Pejabat JPPM dan JPPM Negeri;

xv. Mengurus, memberi bantuan teknikal dan menyediakan emel rasmi yang diperlukan oleh warga JPPM;

xvi. Menyelaras keperluan dan menyediakan bantuan teknikal Zoom Meeting dan untuk mesyuarat serta majlis rasmi JPPM; dan

xvii. Menyelaras keperluan infografik, montaj, video pendek dan lain-lain projek multimedia.


Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) boleh dihubungi melalui mengikut kategori seperti berikut:

a) E-mel Rasmi BPTM - it[at]ros.gov.my 

b) Aduan Teknikal Sistem eROSES - aduan_it[at]ros.gov.my

c) Aduan Teknikal, Pengurusan Aset dan Sewaan Peralatan ICT - infra[at]ros.gov.my

d) Aduan Teknikal HRMIS, Polisi, Pentadbiran BPTM, Pengurusan E-mel Rasmi JPPM dan Permohonan Pautan Zoom - udsi[at]ros.gov.my

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP