Bahagian Penguatkuasaan (BP) bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan setiap pertubuhan yang berdaftar menjalankan aktiviti-aktiviti mengikut undang-undang berdaftar pertubuhan dan peruntukan-peruntukan di dalam Akta Pertubuhan 1966. Bahagian Penguatkuasaan terbahagi kepada dua cawangan iaitu Cawangan Operasi Penguatkuasaan dan Cawangan Siasatan.
FUNGSI
Cawangan Operasi Penguatkuasaan
Cawangan Siasatan
PEMERIKSAAN
Pemeriksaan Bernotis dilakukan berdasarkan peruntukan Seksyen 63 Akta Pertubuhan 1966 di mana notis dikeluarkan terhadap sesuatu pertubuhan. Notis tersebut dinyatakan tarikh, waktu, tempat pemeriksaan dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh pertubuhan.
Pemeriksaan Tanpa Notis pula adalah mengikut Seksyen 64 Akta Pertubuhan 1966 di mana pemeriksaan mengejut dijalankan ke atas sesuatu pertubuhan apabila aduan mengenai pertubuhan berkenaan diterima oleh pihak Jabatan. Pihak pengurusan sesebuah pertubuhan perlu menyediakan segala dokumen yang diminta oleh pegawai pemeriksa semasa pemeriksaan dijalankan ke atas pertubuhan mereka.
Kedua-dua prosedur pemeriksaan ini dijalankan bertujuan memastikan pengurusan pertubuhan termasuk kewangan persatuan diuruskan dengan teratur dan mematuhi keperluan-keperluan undang-undang berdaftarnya dan Akta Pertubuhan 1966.
SIASATAN
Aktiviti siasatan adalah melibatkan aduan-aduan yang diterima terhadap pertubuhan. Aduan-aduan diterima seringkali berkenaan penyalahgunaan kuasa oleh Pengerusi Pertubuhan, penyelewengan wang pertubuhan dan perasaan tidak puas hati akibat pemecatan dari jawatan dalam pertubuhan.
Kategori 1
Aduan terhadap perlanggaran peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Antara contoh-contoh kesalahan mengikut kategori ini adalah seperti berikut :-
Kategori 2
Aduan terhadap perlanggaran undang-undang tubuh persatuan. Antara contoh-contoh kesalahan mengikut kategori ini adalah seperti berikut:-
PENDAKWAAN
Kesalahan-kesalahan berikut telah dilakukan oleh pertubuhan menyebabkan tindakan pendakwaan di atas diambil :