Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Apakah jenis pertubuhan yang perlu didaftarkan?

Apa jua pergerakan/pertubuhan/persatuan yang mengandungi minimum 7 orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal hendaklah mendaftarkan pertubuhannya.

Namun sekiranya ia mempunyai akta/undang-undang khusus yang lain, ia tidak perlu didaftarkan di bawah Jabatan ini. Contohnya pertubuhan belia perlu didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 1997,  dan lain-lain akta yang berkaitan.

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENDAFTARKAN SEMULA CAWANGAN PERTUBUHAN YANG TELAH DIBATALKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH SEKSYEN 13(1)(D)?

Cawangan pertubuhan yang dibatalkan di bawah Seksyen 13(1)(d) boleh didaftarkan semula dengan memenuhi kehendak di bawah Seksyen 14(8) di mana cawangan pertubuhan itu hendaklah mematuhi perintah di bawah Seksyen 14(1)

iaitu mengemukakan penyata tahunan; atau Pendaftar Pertubuhan berpuashati bahawa cawangan pertubuhan telah membuktikan bahawa perintah itu tidak mungkin dapat dipenuhi. Jika Pendaftar Pertubuhan berpuashati, maka cawangan

pertubuhan bolehlah mengemukakan permohonan untuk mendapat kebenaran untuk menubuhkan cawangan seperti biasa dengan membezakan nama baru daripada nama asal.

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN APABILA BERLAKU PERTUKARAN SETIAUSAHA?

Setiausaha yang baharu perlu melakukan Pembaharuan Setiausaha melalui sistem eROSES dengan mengambil langkah- langkah berikut:

 

a. KLIK pada PERTUBUHAN

b. KLIK pada PEMBAHARUAN SETIAUSAHA

c. KLIK pada DAFTAR PEMBAHARUAN SETIAUSAHA


Seterusnya:

1. Isi No.PPM persatuan

2. Isi maklumat peribadi

3. Isi sebab pertukaran setiausaha, contoh: Lantikan baru dalam AGM / Setiausaha lama telah letak jawatan/dipecat (simpan surat/dokumen berkaitan)

4. Isi maklumat setiausaha yang lama 5.Pengakuan

 

Setiausaha yang baru hanya boleh mengemaskini maklumat pertubuhan/menghantar PT setelah pembaharuan ini diluluskan oleh JPPM Negeri berkenaan.

BOLEHKAH SETIAUSAHA PENAJA MENGGUNAKAN SEMULA PERMOHONAN PENDAFTARAN YANG DITOLAK SEBAGAI PERMOHONAN PENDAFTARAN YANG BAHARU?

Permohonan perdaftaran yang telah ditolak tidak boleh   dipinda. Sekiranya pertubuhan ingin mengemukakansemula permohonan, ia hendaklah dikemukakan sebagai mana permohonan baharu. Oleh itu setiausaha/pemohon hendaklah mengisi semula maklumat pertubuhan, senarai AJK, perlembagaan dan membuat bayaran pendaftaran, RM30.00.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ALAMAT BERDAFTAR (SURAT MENYURAT/ALAMAT POS) DAN TEMPAT URUSAN PERTUBUHAN?

Alamat berdaftar (surat menyurat/alamat pos) Alamat untuk tujuan urusan surat menyurat pertubuhan. Ianya hendaklah boleh dicapai melalui perkhidmatan pos.

 

Tempat urusan pertubuhan pula bermaksud lokasi pertubuhan menjalankan aktiviti seperti mesyuarat, perbincangan, menyimpan dokumen atau lain-lain aktiviti seumpamaya.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP