YBrs. Encik Azhar bin Mohd Aris
Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM),
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
azhararis[at]ros.gov.my
03 - 8870 2601
Peranan dan Tanggungjawab:
- menguatkuasakan dan memantau pelaksanaan PKS JPPM;
- memastikan semua infrastruktur keselamatan siber JPPM hendaklah menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan PKS JPPM dan Arahan Keselamatan;
- menyediakan dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan siber JPPM bagi tujuan audit keselamatan siber;
- mengenal pasti bidang-bidang keselamatan siber JPPM yang perlu diberikan perhatian;
- memastikan tahap keselamatan siber JPPM adalah terjamin setiap masa;
- memastikan semua warga JPPM memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah PKS JPPM;
- menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan siber di JPPM;
- mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat daripada ketidakpatuhan kepada standard, garis panduan dan polisi keselamatan siber di JPPM;
- melaporkan kepada JPPM CSIRT, KDN CSIRT seterusnya NACSA mengenai sebarang insiden keselamatan siber yang berlaku di JPPM;
- bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan siber dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera;
- membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di JPPM bagi mematuhi keperluan PKS JPPM;
- mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai peranan dan tanggungjawab warga JPPM dalam mengendalikan kemudahan ICT di JPPM teknologi termasuklah mekanisme kawalan terhadap maklumat, aset ICT dan ancaman siber;
- menyebarkan dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT JPPM; dan
- menyelaras serta mengurus pelan latihan/program kesedaran keselamatan siber di JPPM.