Kod Etika Jabatan

PROFESIONALISME

  •  Mempunyai komitmen yang tinggi dan sentiasa bersedia menjalankan tugas.
  •  Mempunyai kemahiran, kebijaksanaan dan kemampuan dalam menjalankan tugas.
  •  Menjalankan tugas tanpa pilih kasih, objektif dan tidak mementingkan diri.
  •  Sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran berterusan.
  •  Bertanggungjawab memastikan tugas yang dilaksanakan mematuhi peraturan, prosidur dan piawaian yang ditetapkan.


BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN

  •  Bertindak ke arah mencapai visi dan misi Jabatan.
  •  Sentiasa melibatkan diri dan memberikan sumbangan dalam aktiviti Jabatan.
  •  Berkongsi pengalaman, maklumat dan ilmu pengetahuan.
  •  Sentiasa menjaga imej Jabatan.
  •  Sentiasa bertolak ansur, bertoleransi, bekerjasama serta saling hormat-menghormati.


BERORIENTASI PERKHIDMATAN

  •  Sentiasa peka dan mengutamakan pelanggan.
  •  Sentiasa melaksanakan tugas dengan segera (sense of urgency) dan melakukan yang terbaik untuk mencapai kecemerlangan.
  •  Sentiasa berdedikasi dan mengamalkan disiplin yang tinggi.
  •  Mengamalkan ciri-ciri kreativiti dan inovasi.


BERHEMAH DAN BERWIBAWA

  •  Sentiasa jujur, amanah dan berakauntabiliti.
  •  Sentiasa bertimbang rasa, mesra, adil dan saksama.
  •  Tegas, tepat dan konsisten dalam membuat keputusan.
  •  Sentiasa tenang dan sabar serta boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan.
  •  Bersedia menerima teguran dan kritikan membina.
  •  Menampilkan diri dengan berpakaian kemas dan berbudi bahasa serta luhur.
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP