Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Apakah jenis pertubuhan yang perlu didaftarkan?

Apa jua pergerakan/pertubuhan/persatuan yang mengandungi minimum 7 orang tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal hendaklah mendaftarkan pertubuhannya.

Namun sekiranya ia mempunyai akta/undang-undang khusus yang lain, ia tidak perlu didaftarkan di bawah Jabatan ini. Contohnya pertubuhan belia perlu didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 1997,  dan lain-lain akta yang berkaitan.

Apakah yang dimaksudkan dengan rekod-rekod pertubuhan?

Setiap pertubuhan berdaftar hendaklah menyedia, menyimpan dan menyelenggara rekod-rekod pertubuhan mengikut ketetapan perlembagaannya dengan kemas, teratur dan boleh diakses iaitu:

  1. Perlembagaan;
  2. Buku daftar ahli;
  3. Buku yuran ahli;
  4. Buku tunai / jurnal / lejar am / lejar subsidiari;
  5. Buku resit / baucer bayaran;
  6. Penyata akaun bank;
  7. Minit mesyuarat AJK dan AGM / EGM;
  8. Surat diterima / dihantar;
  9. Laporan penyata tahunan (eroses); dan
  10. Lain-lain dokumen berkaitan pertubuhan
Apakah yang perlu dilakukan apabila berlaku pertukaran setiausaha?

Setiausaha yang baharu perlu melakukan Pembaharuan Setiausaha melalui sistem eROSES dengan mengambil langkah-langkah berikut:

  1. KLIK pada PERTUBUHAN
  2. KLIK pada PEMBAHARUAN SETIAUSAHA
  3. KLIK pada DAFTAR PEMBAHARUAN SETIAUSAHA

Seterusnya:

  1. Isi No.PPM persatuan
  2. Isi maklumat peribadi
  3. Isi sebab pertukaran setiausaha, contoh : Lantikan baru dalam AGM / Setiausaha lama telah letak jawatan/dipecat (simpan surat/dokumen berkaitan)
  4. Isi maklumat setiausaha yang lama
  5. Pengakuan

Setiausaha yang baru hanya boleh mengemaskini maklumat pertubuhan/menghantar PT setelah pembaharuan ini diluluskan oleh JPPM Negeri berkenaan.

Adakah setiausaha warga singapura layak untuk proses eroses?

Boleh sekiranya terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan yang memperuntukan sedemikian. Namun  demikian, beliau perlu mendapat kebenaran Pendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan memegang jawatan  tersebut. (Sila lampirkan salinan pasport).

Adakah jppm menyediakan dana untuk setiap pertubuhanyang telah didaftarkan?

JPPM tidak menyediakan sebarang dana/geran kepada mana-mana pertubuhan.

Manakala geran kepada persatuan penduduk akan diagihkan sekiranya pihak JPPM menerima peruntukan yang  biasanya diumum oleh Menteri Kewangan ketika pembentangan bajet kerajaan di parlimen.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP