Perlindungan Data Peribadi

Akta Perlindungan Data Peribadi


Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) iaitu Akta 709.


Tanggungjawab utama Jabatan ini ialah untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh Pengguna Data supaya tidak disalahguna dan disalahpakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan.


Keselamatan data peribadi pengguna perlu dilindungi bagi mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan terhadap penyimpanan atau pemprosesan data peribadi individu, awam dan swasta di Malaysia secara transaksi komersial adalah termaktub di bawah APDP ini.


Dalam menguatkuasakan APDP, JPDP telah mensyaratkan kepada semua Golongan Pengguna Data Peribadi yang terdiri daripada pihak individu mahupun swasta kecuali Kerajaan untuk berdaftar secara rasmi bagi tujuan melindungi hak-hak pengguna dan awam.


JPDP diketuai oleh Ketua Pengarah dengan dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah. Manakala, terdapat tiga bahagian utama di JPDP iaitu Bahagian Pendaftaran dan Operasi, Bahagian Pemantauan dan Bahagian Perundangan.


Sila layari laman ini http://www.pdp.gov.my/index.php/my/

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP
Chat Bersama ROS
Chatbot JPPM

Hai, Saya ROS, Chatbot JPPM. Anda boleh bertanya apa-apa perkara mengenai JPPM dan saya akan cuba mendapatkan jawapan dari gedung ilmu atas talian.

Hi, Saya Admin JPPM. Saya sedia chat dengan anda secara terus. Bagaimana saya boleh membantu anda?