Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan (BSMKP)

Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan bertanggungjawab mengurus hal-hal kewangan, pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan organisasi, sumber manusia dan program pembangunan modul insan berkaitan dengan Jabatan. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan terbahagi kepada lima unit iaitu Unit Integriti, Unit Sumber Manusia, Unit Kewangan, Unit Khidmat Pengurusan dan Unit Komunikasi Korporat.


FUNGSI

Memberikan perkhidmatan sokongan yang cekap dan berkesan melalui pembentukan struktur perjawatan Jabatan yang optima, pelaksanaan pengurusan personel yang cekap dan teratur, pengurusan prestasi dan tatatertib yanng efisien dan menyediakan peluan kepada pegawai dan kakitangan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kemajuan kerjaya melalui latihan komprehensif.


Unit Integriti

Bertanggungjawab ke atas pengurusan integriti dalam Jabatan selari dengan usaha mengukuhkan tadbir urus yang baik.


Unit Sumber Manusia

Bertanggungjawab menyediakan minit ceraian untuk kelulusan Ketua Jabatan bagi penganjuran kursus dan hal berkaitan perkhidmatan, menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan staf serta perjawatan dalam Jabatan.


Unit Kewangan

  1. Mengurus, menyedia dan memantau belanjawan Jabatan.
  2. Bertanggungjawab menentukan Bahagian dan Unit mendapat bekalan dan peruntukan kewangan yang cukup bagi belanja mengurus dan pembangunan supaya teratur mengikut keutamaannya.


Unit Khidmat Pengurusan

  1. Bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan kepada semua Bahagian dan Unit serta merancang, memantau, mengawas dan menyelia semua aspek pengurusan aset setiap bahagian dan unit.
  2. Memastikan setiap barang stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, kualiti dan kuantiti yang dipesan mengikut pesanan dan barang stor yang diterima dalam keadaan baik, sempurna dan selamat untuk digunakan


Unit Komunikasi Korporat

  1. Menguruskan hal berkaitan aktiviti perhubungan awam serta urusan yang melibatkan media,maklum balas kepuasan pelanggan, aduan BPA/SISPAA, pengurusan laman web dan laman sosial Jabatan,
  2. Pemantapan aspek pengurusan kualiti, memperkasa elemen tadbir urus yang komprehensif melalui aspek transformasi, inovasi, menyelaras pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA) dan penyelarasan pameran dan program outreach Jabatan.
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP