Bahagian Pengurusan Pertubuhan (BPP) merupakan bahagian yang melaksanakan tugas-tugas ‘core business’ Jabatan kecuali tugas yang berkaitan dengan penyiasatan terhadap aduan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Bahagian ini bertindak sebagai penyelaras bagi semua aktiviti-aktiviti ‘core business’ yang dilaksanakan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri (JPPN) bagi mengelakkan ketidakseragaman proses antara 14 buah cawangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di setiap negeri.
FUNGSI
Antara tugas-tugas ’core business’ yang dilaksanakan di JPPN adalah:
- Memproses permohonan pendaftaran semua pertubuhan;
- Memproses permohonan kebenaran bergerak sementara semua pertubuhan;
- Memproses semua permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang dan tanda lain kecuali parti politik;
- Memproses semua permohonan pengesahan pegawai harta;
- Memproses semua permohonan pendaftaran pegawai awam;
- Memproses semua permohonan pelantikan juruaudit luar bagi pertubuhan faedah bersama;
- Memproses semua permohonan untuk menaikkan jumlah perbelanjaan pentadbiran bagi pertubuhan faedah bersama;
- Memproses semua permohonan bagi melabur dana bagi pertubuhan faedah bersama;
- Menyemak penyata tahunan yang dikemukakan; dan
- Mengambil tindakan pembubaran sementara.
JPPN akan memanjangkan kepada BPP permohonan pendaftaran pertubuhan dan bergerak sementara bagi pertubuhan-pertubuhan yang memerlukan perhatian Ibu Pejabat seperti berikut:
- Pertubuhan-pertubuhan Agama;
- Pertubuhan-pertubuhan berkaitan perdagangan termasuk institusi kewangan, pembinaan/pengilang dan Dewan Perniagaan/Usahawan;
- Pertubuhan-pertubuhan politik; dan
- Pertubuhan-pertubuhan berkaitan alam sekitar, pengguna dan persahabatan antarabangsa.
Selain itu, BPP juga menjalankan tugas-tugas berikut:
- Memproses permohonan kebenaran penubuhan cawangan;
- Menguruskan rayuan pertubuhan kepada Menteri Dalam Negeri;
- Mengambil tindakan pembubaran pertubuhan di bawah Seksyen 13(1)(a);
- Mengambil tindakan pembatalan pertubuhan di bawah Seksyen 13(1)(d);
- Memproses permohonan kebenaran memegang jawatan kepada individu yang dilarang memegang jawatan; dan
- Mengkaji dan menyemak semula dasar-dasar dan peraturan-peraturan sedia ada yang berkaitan dengan pertubuhan supaya selaras dengan perkembangan semasa.