PUTRAJAYA, 15 NOVEMBER 2022 - Perhimpunan bulanan ini merupakan salah satu platform bagi menyampaikan laporan, pesanan serta pencapaian Jabatan sepanjang tahun 2022 di samping menghargai warga kerja JPPM melalui penyampaian Anugerah STAR Suku Ketiga kepada mereka yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang suku tahun ketiga. Majlis turut diselitkan dengan bacaan ikrar bebas rasuah dan disaksikan oleh Encik Abdul Razak bin Hamzah, Setiausaha Bahagian Unit Integriti, KDN.