Untuk memanfaatkan penggunaan Portal MySociety secara komprehensif
oleh pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM;
Sebagai suatu medium promosi dan komunikasi yang dapat diakses oleh
persatuan mahupun orang awam mengenai perkongsian maklumat seperti program
dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pertubuhan; dan
Konsep digitalisasi
terintegrasi dalam aplikasi Portal MySociety ini dapat membantu mendidik
masyarakat mengenai tatacara pengurusan pertubuhan yang cemerlang.