Galeri Foto

KURSUS PENGURUSAN PERTUBUHAN BIL 3/2021

Kursus Pengurusan Pertubuhan Siri 3/2021 ini diadakan pada 31 Mac 2021, bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Seminar Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Sabah, Tingkat 2, Menara MAA, 88000 Kota Kinabalu. Seramai 14 peserta mewakili 10 pertubuhan telah menyertai program ini bagi mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. 


Sesi kursus disampaikan oleh dua orang penceramah daripada LHDN Sabah, iaitu Puan Munirah binti Ahmad dan Encik Adriell De Lovell Sandah yang membentangkan taklimat Percukaian Pertubuhan. Sesi soal jawab juga dibuat di akhir sesi bagi memberi peluang kepada peserta bertanya soalan – soalan berkaitan percukaian.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP