TUJUAN
Program ini adalah bertujuan untuk memastikan pertubuhan berdaftar bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966, Undang-undang Tubuh Pertubuhan dan Dasar-dasar Negara serta memperkasakan pertubuhan kearah pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
OBJEKTIF
- Program ini mensasarkan pertubuhan yang baru diluluskan pada tahun 2022 sehingga tahun 2024 di Daerah Rompin
- Memberi penerangan mengenai cara urustadbir pertubuhan selepas diluluskan.
- Memberi penerangan untuk pertubuhan memahami dengan lebih jelas mengenai kandungan yang terdapat di dalam fasal-fasal perlembagaan pertubuhan.
Sebanyak 18 Persatuan yang terlibat dalam program ini.