Galeri Foto

PROGRAM JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK 2023
GUA MUSANG, 01 November 2023 – Program Jaringan Kerjasama Strategik 2023 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantan bersama PDRM daerah Gua Musang bersama Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (PEKA GM) di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Kelantan.
Program Jaringan Kerjasama Strategik bersama agensi/jabatan ini merupakan salah satu komponen yang digariskan di dalam Pelan Strategik JPPM 2021-2025 bagi memperkukuhkan penguatkuasaan dan kawalan, memperkasakan pertubuhan dan komuniti, memantapkan modal insan dan infrastruktur sebagai teras dan hala tuju jabatan. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara agensi lain dengan JPPM.
Program ini dilaksanakan menerusi pelbagai pendekatan dan kaedah perlaksanaan. Ini termasuklah mengadakan bengkel, kursus, taklimat, program bual bicara dan sebagainya di mana ahli-ahli persatuan diberi pendedahan oleh agensi yang menjalinkan hubungan dengan JPPM.
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP