Galeri Foto

PROGRAM PEMANTAPAN PENTADBIRAN PERSATUAN (#ROS_CARE BIL.8 TAHUN 2026)
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang telah menganjurkan Program Pemantapan Pentadbiran Persatuan (#ros_care Bil. 8 Tahun 2026).
Program ini memberi penekanan kepada pematuhan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], pengurusan organisasi yang berintegriti serta amalan tadbir urus yang baik dalam kalangan pemegang jawatan pertubuhan. Peserta turut diberikan pendedahan mengenai pelaksanaan dan penggunaan Sistem eROSES V2.0, platform digital baharu JPPM yang dibangunkan bagi memudahkan urusan pendaftaran, pengemaskinian maklumat, pemfailan dokumen dan pengurusan pertubuhan secara lebih cekap, telus dan mesra pengguna.
Melalui program ini, JPPM berharap pertubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan digital yang disediakan menerusi eROSES V2.0 serta meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi selaras dengan agenda pendigitalan perkhidmatan awam.
Semoga program ini dapat terus memperkasakan pertubuhan di Negeri Pahang dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih berdaya saing dan harmoni.
PROGRAM PEMANTAPAN PENTADBIRAN PERSATUAN
PROGRAM PEMANTAPAN PENTADBIRAN PERSATUANPROGRAM PEMANTAPAN PENTADBIRAN PERSATUANPROGRAM PEMANTAPAN PENTADBIRAN PERSATUANPROGRAM PEMANTAPAN PENTADBIRAN PERSATUANPROGRAM PEMANTAPAN PENTADBIRAN PERSATUAN
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP