Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang telah menganjurkan Program Pemantapan Pentadbiran Persatuan (#ros_care Bil. 7 Tahun 2026) sebagai inisiatif berterusan dalam memperkukuh tadbir urus dan pengurusan pertubuhan berdaftar di Negeri Pahang.
Program ini memberi penekanan kepada pematuhan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], pengurusan organisasi yang berintegriti serta amalan tadbir urus yang baik dalam kalangan pemegang jawatan pertubuhan. Peserta turut diberikan pendedahan mengenai pelaksanaan dan penggunaan Sistem eROSES V2.0, platform digital baharu JPPM yang dibangunkan bagi memudahkan urusan pendaftaran, pengemaskinian maklumat, pemfailan dokumen dan pengurusan pertubuhan secara lebih cekap, telus dan mesra pengguna.
Melalui program ini, JPPM berharap pertubuhan berdaftar dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan digital yang disediakan menerusi eROSES V2.0 serta meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi selaras dengan agenda pendigitalan perkhidmatan awam.
Semoga program seumpama ini dapat terus memperkasakan pertubuhan di Negeri Pahang dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih berdaya saing dan harmoni.












