Galeri Foto

SESI LIBAT URUS (RIBI) ZON TENGAH
SIBU, 19 Jun 2025: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Sarawak telah menganjurkan Sesi Libat Urus Prosedur Operasi Standard (SOP) Kategori Keagamaan Zon Tengah, yang telah disempurnakan oleh Pengarah JPPM Negeri Sarawak, YBrs. Puan Hajiawati Binti Tambi.
Bertempat di Kingwood Hotel, Sibu. Sesi ini telah menghimpunkan 63 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) daripada 30 pertubuhan rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap pematuhan perundangan yang baharu dan amalan tadbir urus yang baik dalam pertubuhan di bawah kategori keagamaan.
Selain itu sesi ini turut dihadiri oleh Encik Joseph Tiang Anak Setu, pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri bagi memberikan taklimat pengenalan dan kefahaman berkenaan dengan fungsi dan tugas Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri. Turut serta juga Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu yang telah diwakili oleh Puan Chua Soh Kee dan dua orang wakil lagi dari Majlis Pembandaran Sibu.
Menjelang penutup sesi, telah diadakan majlis pelancaran QR Kod Aduan, yang akan disiarkan menerusi laman rasmi Facebook JPPM Negeri Sarawak. Inisiatif ini bertujuan memudahkan orang ramai membuat aduan berkaitan pertubuhan atau persatuan secara dalam talian.
Sesi libat urus ini menjadi wadah intelektual bagi memperkasakan kefahaman tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) yang baharu berkenaan pentadbiran pertubuhan atau persatuan penganut dibawah kategori keagamaan. Sesi ini juga memastikan keselarasan dengan dasar sedia ada dan dasar baharu serta memperkukuh akauntabiliti dan pematuhan terhadap Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966.
---------------
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP