Galeri Foto

PROGRAM ROS_CARE "REVOLUSI PERSATUAN RESILIEN KE ARAH PROFESIONALISME’’
KUANTAN, 16 Mei 2026 – YBhg. Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah menyempurnakan perasmian Program ROS_Care: Revolusi Persatuan Resilien Ke Arah Profesionalisme anjuran JPPM Negeri Pahang yang berlangsung di Swiss-Grand Beach Resort, Kuantan pada 16 Mei 2026.
Program yang menghimpunkan pertubuhan-pertubuhan berdaftar di Negeri Pahang ini bertujuan memperkukuh tahap profesionalisme, tadbir urus serta daya tahan organisasi dalam menghadapi cabaran semasa yang semakin kompleks dan dinamik.
Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dato’ Mohd Zulfikar menegaskan bahawa konsep revolusi dalam persatuan bukan sekadar perubahan luaran tetapi melibatkan anjakan paradigma yang menyeluruh merangkumi pemikiran, budaya kerja serta pendekatan pengurusan organisasi.
Beliau turut menyatakan bahawa persatuan perlu berani keluar dari zon selesa serta bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan global termasuk pendigitalan dan Revolusi Perindustrian Keempat.
Program ini turut menampilkan penceramah jemputan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berkongsi input berkaitan aspek keselamatan dan integriti dalam pengurusan organisasi.
Hadir sama Encik Mohd Fadzlee bin Mat Yassin @ Adnan, Pengarah JPPM Negeri Pahang, Puan Aimie Yusreena binti Yunus, Penasihat Undang-undang JPPM, Pengarah Negeri serta pegawai-pegawai JPPM.
PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE PROGRAM ROS_CARE
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP