Galeri Foto

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) NEGERI MELAKA KE JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (JPPM) NEGERI MELAKA

AYER KEROH, 11 Julai 2025Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka, YBrs. Tuan Mohd Dzulkarnain bin Baharuddin, hari ini di pejabat JPPM Melaka.


Kunjungan ini bertujuan untuk menyampaikan taklimat berkenaan pencapaian, situasi semasa dan pelaksanaan operasi pejabat JPN Negeri Melaka, disamping mengadakan kerjasama strategik dan memperkukuhkan hubungan dua hala antara pihak JPPM dan JPN.


Pihak Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak JPN Negeri Melaka mengadakan kunjungan hormat ini. Semoga kerjasama antara kedua-dua Jabatan dapat terus diperkukuh ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap dan berkesan.


1234
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP