KOTA BHARU, 19 Februari 2024 – Program #ros_care Jaringan Strategik Tahun 2024 : Program Keselamatan -Bantuan Awal Bencana anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Jelajah Dabong, Jabatan Bomba dan Penyelamat Dabong, dan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Negeri Kelantan.
Program ini dijalankan di Madrasah Tarbiah Al-Aulad Sg. Kenerong Dabong, Kelantan pada 19 Februari 2024 bagi memberi pendedahan berkaitan keselamatan dan bantuan awal bencana dalam melahirkan komuniti yang sihat dan selamat.











