JASIN, 25 Jun 2025 – Telah berlangsung Program Pengukuhan Tadbir Urus Pertubuhan Yang Baik Serta Peranan Komuniti Dalam Pencegahan Jenayah Bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bemban yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban, Jasin, Melaka. Seramai 64 orang peserta daripada 21 pertubuhan yang hadir ke program ini.
Program ini berkonsepkan turun padang pemimpin bersama Jabatan / Agensi
Kerajaan di negeri dan persekutuan yang berlangsung di setiap DUN. Antara
objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai dasar,
peraturan dan prosedur peraturan-peraturan pertubuhan di bawah Akta 1966.
Selain itu, memberi penerangan keselamatan dalam pencegahan jenayah peringkat
komuniti setempat dan memastikan aduan / permasalahan melibatkan persatuan
dapat diambil tindakan dan diselesaikan.
Majlis perasmian penutupan program ini disempurnakan oleh YB Datuk
P.Shanmugam a/l V.Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan
Kerajaan (NGO), Negeri Melaka.
Turut hadir bersama YBrs. Tuan Razif bin Yakop, Pengerusi Penyelaras
Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Jasin, YBrs. DSP Nor Azlinda Binti Hj
Nordin, Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin dan wakil-wakil pegawai Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Pihak Jabatan merakamkan penghargaan atas komitmen dan kehadiran peserta
dalam program ini serta ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan penganjuran program pada hari ini.






















