ROADSHOW SISTEM EROSES V2.0 BAGI TAHUN 2025 JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI JOHOR
#ROS_CARE
30 Oktober 2025
MUAR, JOHOR
JPPM
Johor telah menganjurkan Program Roadshow Sistem e-Roses Baharu Versi 2.0
bertempat di Dewan Nusantara, Traders Hotel, Muar, Johor. Program ini bertujuan
memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih meluas mengenai sistem e-Roses yang
baharu. Matlamat utama program adalah untuk memberi penerangan, latihan dan
binbingan kepada pertubuhan berhubung penggunaan Sistem -Roses Baharu Versi 2.0
selari dengan usaha meningkatkan proses pendigitalan perkhidmatan JPPM. Sistem
ini bukan sekadar atas talian, malah telah dipertingkat dari segi kecekapan,
keselamatan dan mesra pengguna, sekaliguas memperkukuh kepercayaan masyarakat
terhadap mutu penyampaian perkhidmatan. JPPM Negeri Johor telah membuka empat (4) kaunter
Khidmat Nasihat bagi pertubuhan yang hadir.