AYER KEROH, 20 Mei 2025 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan (PK) Negeri Melaka, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menjalankan program pemeriksaan bernotis ke atas pertubuhan kategori kebajikan, sosial, keagamaan serta kebudayaan dan kesenian di Dewan Persidangan, Aras 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 23 orang peserta daripada 14 pertubuhan telah hadir ke program tersebut.
Tujuan utama program pemeriksaan bernotis ini ialah untuk memastikan pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar diurus tadbir secara baik dan berkualiti selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] dan Undang-Undang Tubuh Pertubuhan.
Program pemeriksaan bernotis ini akan dilaksanakan secara berkala sebagai suatu usaha Jabatan memantau pertubuhan selaras dengan peranan Jabatan dalam mengawal selia pengurusan pertubuhan, program dan aktiviti supaya tidak bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], perlembagaan pertubuhan, dasar negara, keamanan, kebajikan dan keselamatan, serta ketenteraman awam atau keharmonian sosio-budaya.















