JOHOR BAHRU, JOHOR, 08 Januari 2026
(Khamis) - Program Pemeriksaan Bernotis ke atas pertubuhan Kelab Sukan Vikings
Johor Bahru telah dilaksanakan pada jam 9.30 pagi.
Program ini melibatkan tiga (3)
pegawai JPPM Johor bersama tiga (3) pegawai Penguatkuasa Kementerian Dalam
Negeri (KDN) Johor, bertujuan memastikan Pematuhan Akta Pertubuhan 1966,
pengesahan rekod dan dokumen, penilaian pengurusan kewangan serta pentadbiran
disamping memberi bimbingan bagi memperkukuh tadbir urus pertubuhan supaya
lebih telus, teratur dan berintegriti.





