JASIN, 22 Mei 2025 — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan (PK) Negeri Melaka, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menjalankan program pemeriksaan bernotis ke atas pertubuhan kategori keagamaan di alamat premis pertubuhan berdaftar. Pemeriksaan dijalankan terhadap sebuah pertubuhan dengan kehadiran seramai 10 orang wakil pertubuhan.
Tujuan utama program pemeriksaan bernotis ini ialah untuk memastikan pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar diurus tadbir secara baik dan berkualiti selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] dan Undang-Undang Tubuh Pertubuhan.
Pihak Jabatan merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam program pemeriksaan bernotis ini.













