Program #ROS_Care 2025 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantan telah berjaya diadakan pada 16 Oktober 2025 bertempat di Dewan Matahari, PCB Beach Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu. Program ini melibatkan penyertaan seramai 85 orang peserta yang mewakili 30 pertubuhan berdaftar di Negeri Kelantan. Sepanjang program, dua sesi ceramah telah dijalankan iaitu oleh Puan Wan Siti Junaida binti Ismail, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Kelantan serta ASP Hamirruddin bin Mohd Rashid, Pegawai Penyiasat Pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram, Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman. Penganjuran ini bertujuan meningkatkan kefahaman pertubuhan terhadap kepentingan integriti, tadbir urus yang baik serta pematuhan undang-undang dalam pengurusan organisasi bagi memastikan pertubuhan yang lebih berdaya saing dan berwibawa.












