Galeri Foto

KURSUS TADBIR URUS PENGURUSAN YANG BERKUALITI
AYER KEROH, 29 April 2026 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka telah menganjurkan Kursus Tadbir Urus Pengurusan Pertubuhan Yang Berkualiti di Dewan Persidangan, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Melaka.

Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 69 orang wakil daripada 26 pertubuhan yang baharu berdaftar merangkumi kategori Kebajikan, Kebudayaan, Keseniaan, Sosial, Faedah Bersama dan Keagamaan.

Kursus dimulakan dengan taklimat pengurusan pertubuhan oleh Penolong Pendaftar, JPPM Melaka bagi memberi kefahaman peranan pertubuhan dan amalan pengurusan berkesan.

Sesi kemudiannya diteruskan oleh Bank Islam Melaka yang membincangkan tatacara pembukaan akaun serta kemudahan kewangan yang disediakan. Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkukuh tadbir urus dan integriti dalam pelaksanaan aktiviti pertubuhan di peringkat Negeri Melaka.

Kursus Tadbir Urus Pengurusan Yang BerkualitiKursus Tadbir Urus Pengurusan Yang BerkualitiKursus Tadbir Urus Pengurusan Yang BerkualitiKursus Tadbir Urus Pengurusan Yang BerkualitiKursus Tadbir Urus Pengurusan Yang BerkualitiKursus Tadbir Urus Pengurusan Yang BerkualitiKursus Tadbir Urus Pengurusan Yang BerkualitiKursus Tadbir Urus Pengurusan Yang Berkualiti
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP