Galeri Foto

ROS_CARE BIL.5/2025: KURSUS PENGURUSAN PERTUBUHAN BERKUALITI
LIMBANG, 24 April 2025: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Sarawak telah menganjurkan Program #ros_care Bil. 5/2025 - Kursus Pengurusan Pertubuhan Berkualiti bersama 39 Pertubuhan yang diwakili oleh 69 Ahli Jawatankuasa Tertinggi pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM bertempat di Purnama Hotel, Limbang. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Hajiawati binti Tambi, Pengarah JPPM Negeri Sarawak.
Program ini memberi pengetahuan dan tata cara yang betul dalam pengurusan pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832]. Turut hadir dalam program ini ialah PKPgB Tawang anak Lingem, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Limbang bagi memberikan taklimat berkenaan keselamatan dan pencegahan kebakaran dan memberikan pengetahuan am kepada pertubuhan berkenaan dengan langkah awal pencegahan kebakaran.
Pada sebelah petang, turut diadakan Sesi Kaunter Pejabat Bergerak JPPM Negeri Sarawak, yang memberi peluang kepada peserta / persatuan untuk berurusan secara terus dengan pegawai JPPM bagi pelbagai urusan pendaftaran, kemaskini maklumat pertubuhan, pertanyaan berkenaan perundangan, serta mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pengurusan pertubuhan.
Diharapkan program ini menjadi platform berterusan dalam memperkasa tadbir urus pertubuhan bagi selaras dengan perundangan yang berkuatkuasa.
-------------
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP