MELAKA, 18 MAC 2025 – Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (PK KDN) Negeri Melaka melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka telah menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk sempena Sambutan Hari PK Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diadakan di perkarangan Dewan Serbaguna Kompleks KDN, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 400 orang warga kompleks dan penghuni kuarters KDN telah hadir dalam program ini.
Pelbagai aktiviti telah
dianjurkan pada hari tersebut antaranya pameran, Program Jom Exchange Al-Quran
(JEQ), ujian saringan kesihatan, kuiz, indoor
games, khatam Al-quran, agihan bubur lambuk dan lain-lain.
Dalam hal ini, pihak
JPPM Negeri Melaka terlibat secara langsung dalam aktiviti gotong-royong
memasak bubur lambuk dan agihannya kepada warga kompleks KDN Melaka serta para
pengunjung sebagai simbolik semangat kebersamaan dan penghayatan nilai-nilai
murni sepanjang bulan Ramadan.

















