Sempena menyambut Bulan Syawal yang penuh berkat, JPPM Selangor telah mengadakan Majlis Semarak Syawal pada 07 Mei 2024 bertempat di Dewan Orkid. Seramai 700 orang yang hadir termasuk beberapa agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri dan Persatuan yang berdaftar dibawah JPPM Selangor.
Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Ybhg. Dato' Mohd Zulfikar Bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia diiringi oleh Ybrs. Encik Wan Zainul Azam Bin Khamid@Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bersama Pengarah-Pengarah Negeri dan Pengarah Bahagian.