PUTRAJAYA, 23 Jun 2025 - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah menjadi hos pada kali ini dalam penganjuran Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi Bulan Jun 2025 bertempat di Dewan Gemilang, Kompleks Setia Perkasa hari ini.
Turut hadir ialah YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah JPPM serta kepimpinan tertinggi KDN bersama ketua-ketua agensi KDN.
Antara pengisian utama majlis ialah penyampaian hadiah bagi Pertandingan Langkah Sihat Putrajaya serta Pra Peluncuran Sistem Pendaftaran Pertubuhan eROSES v2.0, iaitu sistem pendaftaran pertubuhan secara atas talian yang lebih cekap dan telus.





