Ipoh, Perak – 22 januari – Taklimat Pengenalan Pengurusan Pertubuhan dan Penyata Tahunan Bilangan 1 Tahun 2025 Secara Atas Talian merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak khusus kepada semua pertubuhan berdaftar di Negeri Perak.
Kursus ini adalah sebuah program yang dirangka khusus bagi pertubuhan-pertubuhan yang baru berdaftar pada tahun 2024 di Negeri Perak. Kursus ini merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran berkenaan pengurusan pertubuhan mengikut sistem Undang-Undang berdaftar Pertubuhan, kaedah penghantaran Penyata Tahunan melalui sistem eRoses secara online, mematuhi kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan yang berkaitan. Sebanyak 37 pertubuhan daripada 45 peserta yang telah hadir ke kursus ini.








