Kursus Pengurusan Pertubuhan Berkualiti, Pembaharuan Setiausaha & Penyata Tahunan Bil.4/2025
13 Ogos 2025 | JPPM Negeri Kelantan
Kursus yang diadakan bertujuan meningkatkan keupayaan pengurusan pertubuhan, selain memastikan pematuhan terhadap Akta Pertubuhan 1966. Peserta turut diberi pendedahan mengenai prosedur pembaharuan setiausaha serta penyediaan penyata tahunan secara teratur dan tepat.
JPPM Kelantan terus komited melahirkan pertubuhan yang berdaya saing, berintegriti dan mematuhi undang-undang demi kesejahteraan komuniti.









