AYER KEROH, 31 Julai 2025 — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka hari ini telah menjalankan Program Pemeriksaan Bernotis Ke Atas Pertubuhan Kategori Sosial (Keturunan) di alamat premis pertubuhan berdaftar. Program ini merupakan kolaborasi antara pihak JPPM Melaka dan Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan (PK) Negeri Melaka, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar diurus tadbir secara baik dan berkualiti selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] dan Undang-Undang Tubuh Pertubuhan. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap sebuah pertubuhan dengan kehadiran seramai 2 orang wakil pertubuhan.
Pihak Jabatan merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua
pihak yang terlibat dalam program pemeriksaan bernotis ini.













