Galeri Foto

PROGRAM "ROS CONNECT" KLINIK PENGURUSAN PERTUBUHAN SERTA PROGRAM KESELAMATAN BERSAMA KOMUNITI BERSEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN REMBIA

ALOR GAJAH, 6 Ogos 2025 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka telah menganjurkan Program “ROS Connect” Klinik Pengurusan Pertubuhan serta Program Keselamatan Bersama Komuniti bersempena dengan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Rembia. Program ini telah diadakan di Dewan Kompleks JAPERUN DUN Rembia, Alor Gajah, Melaka. Seramai 100 orang peserta terdiri daripada pertubuhan dan komuniti setempat telah hadir menjayakan program ini.


Program ini berkonsepkan turun padang pemimpin bersama Jabatan / Agensi Kerajaan di negeri dan persekutuan yang berlangsung di setiap DUN. Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai dasar, peraturan dan prosedur pertubuhan di bawah Akta 1966. Selain itu, memberikan penerangan tentang keselamatan kebakaran dan kesedaran awam serta memastikan aduan / permasalahan melibatkan persatuan dapat diambil tindakan dan diselesaikan.


Program dimulakan dengan ceramah "Keselamatan Kebakaran dan Kesedaran Awam" yang disampaikan oleh Tuan Mohamad Hamdan bin Sudin, Penolong Kanan Penguasa Bomba / Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Melaka. Dalam masa yang sama, Kaunter Klinik Pengurusan Pertubuhan (ROS Connect) dan Pameran Keselamatan Kebombaan turut dibuka sepanjang program berlangsung untuk kunjungan orang ramai.


Majlis perasmian penutupan program ini disempurnakan oleh YB Datuk P.Shanmugam a/l V.Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Negeri Melaka.


Turut hadir bersama YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Alor Gajah, Melaka dan Penguasa Bomba Tc Tuan Zulkhairani bin Ramli, Ketua Zon 2, Alor Gajah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka.


Pihak Jabatan merakamkan penghargaan atas komitmen dan kehadiran peserta dalam program ini serta ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran program pada hari ini.



1234567891011121314151617181920212223242525262728293031
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP