Ipoh, Perak – 13 Februari – Taklimat Pengenalan Kepada Pengurusan Pertubuhan Dan Penguatkuasaan Berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 [AKTA 832] dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perak khusus kepada semua pegawai/kakitangan sedia ada khususnya pegawai/kakitangan baharu dan di Negeri Perak, JPPM Negeri Perlis, JPPM Negeri Kedah dan JPPM Negeri Pulau Pinang.
Taklimat ini adalah sebuah program yang dirangka khusus kepada pegawai/kakitangan sedia ada khususnya pegawai/kakitangan baharu yang ditempatkan pada tahun 2024 di Negeri Perak. Kursus ini merupakan salah satu inisiatif untuk memenuhi kehendak jabatan bahawa semua pegawai/kakitangan didedahkan kepada ilmu yang merangkumi pengenalan dan penguatkuasaan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 serta pengurusan pertubuhan.
Seramai 31 peserta yang terdiri dari pegawai/kakitangan JPPM Negeri Perak, JPPM Negeri Perlis, JPPM Negeri Kedah dan JPPM Negeri Pulau Pinang telah hadir ke kursus ini.










