JASIN, 9 April 2026 — JPPM Negeri Melaka bersama Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan (PK) KDN Negeri Melaka telah turun padang menjalankan Program Pemeriksaan Bernotis di sebuah premis pertubuhan. Tumpuan pemeriksaan kali ini melibatkan pertubuhan di bawah kategori keagamaan.
Sesi pemeriksaan tersebut
telah dihadiri oleh tiga (3) orang wakil pertubuhan bagi memastikan segala
aspek pengurusan mematuhi ketetapan yang telah digariskan selaras dengan Akta
Pertubuhan 1966 [Akta 832] dan Undang-Undang Tubuh Pertubuhan.









