Galeri Foto

MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DAN SAHUR JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA TAHUN 2025

MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DAN SAHUR JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA TAHUN 2025 

TAWAU, 23 Mac - Masjid Al-Kauthar, Tawau menjadi saksi himpunan penuh makna dalam Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sahur JPPM Tahun 2025 yang diadakan dalam suasana penuh keberkatan sempena Ramadan ini.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg Dato’ Abdul Halim bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, yang juga mewakili YB Menteri Dalam Negeri serta jemputan yang terdiri daripada anak-anak dari Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam, Tawau dan Persatuan Pengurusan Rumah Anak Yatim Jamae'ah.

Dalam majlis ini turut diadakan sumbangan naskhah al-Quran dari KDN kepada Masjid Al-Kauthar, Tawau, sumbangan kepada anak-anak yatim dan sijil penghargaan kepada pemberi sumbangan serta disusuli dengan penyampaian sijil kepada pertubuhan-pertubuhan berdaftar setempat.

Program sahur ini bukan sekadar memenuhi tuntutan fizikal, juga menjadi medan untuk menjalin hubungan erat dengan masyarakat menerusi ibadah dan amalan kebajikan dan menyantuni golongan yang memerlukan, selari dengan semangat Ramadan yang menggalakkan keprihatinan dan kasih sayang.

Turut hadir ialah YBhg Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah JPPM, YBrs Tuan Wan Zainul Azam bin Khamid@Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah JPPM, kepimpinan tertinggi KDN, ketua-ketua agensi Persekutuan dan Negeri Sabah serta barisan kepimpinan tertinggi JPPM, warga JPPM dan masyarakat setempat.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP