AYER KEROH, 30 Januari 2026 – Bengkel Semakan Kuiri Pindaan Perlembagaan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Aras 4, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 7 orang peserta daripada empat (4) pertubuhan telah hadir menjayakan bengkel ini.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pencerahan kepada persatuan yang menghadapi isu dan kesulitan dalam pindaan perlembagaan. Di antara masalah yang dihadapi adalah isu berkaitan teknikal, prosedur pindaan perlembagaan dan tahap kefahaman wakil pertubuhan terhadap kuiri pindaan perlembagaan.
Pihak Jabatan merakamkan penghargaan atas komitmen dan kehadiran peserta dalam bengkel ini serta ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran bengkel pada hari ini.














