PROGRAM PEMERIKSAAN BERNOTIS BIL. 29/2025 KE ATAS PERTUBUHAN
BATU PAHAT, JOHOR, 17 November 2025 (Isnin) – Pemeriksaan Bernotis Bil. 29/2025 telah dijalankan ke atas Persatuan Teow-Chew, Batu Pahat pada jam 12.00 tengah hari. Pemeriksaan melibatkan dua (2) pegawai JPPM Johor bersama tiga (3) pegawai PK KDN Negeri Johor. Tujuan pemeriksaan adalah untuk memastikan pematuhan Akta Pertubuhan 1966, mengesahkan rekod dan dokumen rasmi, serta menilai aspek pengurusan kewangan dan pentadbiran bagi mengukuhkan tadbir urus pertubuhan.
Terima kasih kepada pihak pertubuhan atas kerjasama diberikan.





