INISIATIF PEMERKASAAN TADBIR URUS PERTUBUHAN DI BAWAH RANHILL SAJ SDN. BHD., BERSAMA JPPM NEGERI JOHOR
Johor Bahru, Johor - 28 Januari 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Sapphire 3, Grand Paragon Hotel Johor Bahru, seramai 50 peserta telah menghadiri taklimat anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Johor dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman jawatankuasa pertubuhan di bawah Ranhill SAJ Sdn. Bhd. mengenai tadbir urus dan penguatkuasaan pertubuhan bagi memperkukuh pengurusan organisasi yang berkesan, berintegriti dan mematuhi prosedur serta peruntukan yang telah ditetapkan.





