MELAKA, 15 FEBRUARI 2025 – Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka telah menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Sistem Pengurusan Belanjawan (SPEB) bagi tahun 2026 bertempat di Hotel Swiss Garden, Melaka. JPPM Negeri Melaka turut menganjurkan Majlis Ramah Mesra YBhg. Dato’ Ketua Pengarah JPPM bersama pertubuhan berdaftar. Ini selaras dengan inisiatif di bawah Program #ros_care yang menekankan elemen Sinergi Pertubuhan. Seramai 100 orang peserta telah menghadiri program ini.
Program ini bertujuan
mengeratkan hubungan serta kolaborasi antara pihak JPPM dan pertubuhan yang
berdaftar dibawahnya melalui penglibatan empat (4) pertubuhan Negeri Melaka
kategori kebudayaan dan kesenian serta rekreasi iaitu Persatuan Kebudayaan,
Warisan dan Kraf Portugis Melaka (Dommarina), Persatuan Peranakan Baba Nyonya
Malaysia, Kelab PPSPM (Perbadanan Sungai Melaka), dan Kelab Rekreasi dan Sukan
Sungai Melaka Ventures (KRISSMA).
Program ini turut
menjadi platform mempromosikan usaha pertubuhan dalam memelihara warisan budaya
dan aktiviti rekreasi di Sungai Melaka.







