PROGRAM #ROS_CARE : PENGURUSAN PERTUBUHAN BERKUALITI DAN SESI KHIDMAT NASIHAT
KLUANG, JOHOR, 26 November 2025 (Rabu) - JPPM Johor telah mengadakan Program #ros_care : Pengurusan Pertubuhan Berkualiti dan Sesi Khidmat Nasihat yang berlangsung di Dewan GAPPIN, Kluang, Johor dengan penyertaan 150 NGO berdaftar di bawah GAPPIN Malaysia. Program ini memberi penerangan dan bimbingan mengenai Sistem eRoses Baharu versi 2.0 dalam usaha memperkukuh pendigitalan perkhidmatan JPPM. JPPM Negeri Johor juga turut membuka empat (4) kaunter Khidmat Nasihat bagi membantu pertubuhan yang hadir.












