Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang telah mengadakan
Program #ros_Care Tadbir Urus Pertubuhan
Berkualiti Daerah Kuantan (Siri 1 Tahun 2026) bersama pertubuhan di daerah Pekan
& Kuantan. Program ini
diadakan untuk memberi pendedahan dan penerangan mengenai sistem e-Roses V2.0 yang
baru. Program ini juga memberi pendedahan tentang konsep asas dan tadbir urus
pertubuhan kepada pemegang jawatan serta memastikan pertubuhan bergerak sejajar
dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Undang-Undang Pertubuhan serta dasar-dasar
negara.














