KOTA SAMARAHAN, 07 November 2025: Mesyuarat Penyelarasan Tapak Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telah diadakan di SK Dato Mohd Musa, Kota Samarahan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Shahrizal bin Anuar@Nuar, Pengarah Bahagian Pengurusan Strategik, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Turut hadir YBrs. Puan Hajiawati binti Tambi, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sarawak serta YBrs. Tuan Haji Issnu bin Dollah, Guru Besar, SK Dato Mohd Musa. Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras perlaksanaan Majlis Penyerahan Tapak Projek bagi Program Kampung Angkat MADANI JPPM Tahun 2025 yang akan berlansung kelak.
Sejurus selepas mesyuarat, sesi lawatan tapak projek dilakukan bersama agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan. Lawatan tapak ini dilakukan bagi meninjau hasil perlaksanaan yang telah hampir siap mengikut jadual yang ditetapkan.











