Galeri Foto

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KOLABORASI JPPM NEGERI KEDAH DENGAN AGENSI-AGENSI DALAM NEGARA

28 Jun 2025, Langkawi - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kedah telah menganjurkan Program Kolaborasi bersama Agensi-Agensi Dalam Negara yang  telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Jun hingga 30 Jun 2025, bertempat di Hotel Langkasuka, Langkawi. 


Program ini merangkumi pendekatan pendidikan, pemantauan, pencegahan serta penguatkuasaan melalui pelbagai inisiatif bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan juga Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kedah. 


Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah JPPM.  Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan kolaborasi antara agensi dalam memperkukuhkan tadbir urus pertubuhan serta memperluas jaringan strategik untuk pembangunan sosial dan ekonomi negara.  Beliau turut menggariskan kepentingan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang dalam pengurusan pertubuhan.


Pada sesi Program Outreach (AMLATPFUAA) yang disampaikan oleh Tuan Mohd Azfar bin Johari daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Kedah telah dihadiri seramai 102 orang daripada 50 buah pertubuhan pelbagai kategori di sekitar Langkawi.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP