Alor Setar, 06 April 2026 - Satu lawatan kebajikan dan ziarah kasih ke kediaman kakitangan JPPM Kedah, Encik Radzwan bin Sareh Yahya yang ditimpa musibah kebakaran telah diadakan pada 04 April 2026 kira-kira jam 3.30 petang. Lawatan ini telah dihadiri oleh Pengarah JPPM Negeri Kedah, Puan Mardiana binti Omar, turut hadir ialah Cik Yasmin Zafirah binti Mohd Yusoff, Puan Wan Syafenaz binti Wan Bulat, Encik Wan Amierul bin Wan Hamdan serta Encik Mohamad Haniff Amri bin Mohd Paisal.
Kejadian tersebut telah mengakibatkan kerosakan pada bahagian halaman rumah serta sebuah motosikal milik beliau.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan semasa mangsa di samping memberikan sokongan moral kepada Encik Radzwan dan ahli keluarganya yang sedang berhadapan dengan ujian tersebut.
Dalam lawatan berkenaan, Puan Mardiana turut menyampaikan sumbangan ikhlas yang disumbangkan oleh kakitangan JPPM Negeri Kedah & Kelab Kebajikan dan Rekreasi Sahabat.
Semoga Encik Radzwan dan keluarga terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini





