Galeri Foto

BENGKEL KOD TADBIR URUS BAIK PERTUBUHAN (CODE OF GOOD GOVERNANCE (COGG)) JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (JPPM) NEGERI MELAKA
AYER KEROH, 12 Jun 2025Telah berlangsung Bengkel Kod Tadbir Urus Baik Pertubuhan (Code of Good Governance (COGG)) yang diadakan di Dewan Persidangan, Aras 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 43 orang peserta daripada 15 pertubuhan telah hadir ke bengkel ini.

Bengkel ini diadakan bagi memastikan setiap aktiviti atau program yang dirancang selari dengan matlamat penubuhan pertubuhan. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk memberi penerangan semula tentang perlembagaan dan tanggungjawab setiap pemegang jawatan. Melalui penganjuran bengkel ini, adalah diharapkan agar pertubuhan-pertubuhan berdaftar dapat bergerak selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], Undang-Undang Tubuh Pertubuhan, serta dasar-dasar negara.

Taklimat bengkel telah disampaikan oleh Puan Nurazeny Binti Abd Rahman, Penolong Pendaftar Pertubuhan, Cawangan Pengurusan Pertubuhan JPPM Negeri Melaka.

Pihak Jabatan merakamkan penghargaan atas komitmen dan kehadiran peserta dalam bengkel ini serta ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran bengkel pada hari ini.


123456789101112
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP